Thursday, July 19, 2012

AlQuran dan Pengamalnya..

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." 
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab :
 "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.
jadi sahabat al Quran



   

Thursday, July 5, 2012

Harapan

Dahulu aku punya harapan..
yang menjadi hala tuju hariku..
Aku tak pernah berhenti mengejarnya..
Walau duri dan paku silih ganti melukanku..
kerana apa pun yang terjadi..
Janjiku takkan pernah berputus asa..
Demi harapan itu..
 
Saat kuasa Tuhan menyedarkan aku..
Segala ketentuan adalah milikNya..
Tika hasil bukan seperti yang kuharapkan..
Hati ini berderai melemparkan pecahan kaca..
 
Lama aku menyepi..
Lama aku bermonolog diri..
Benarkah aku masih punya harapan..
Saat kekecewaan yang melanda masih membekas hati..
Panahan itu masih belum hilang pilunya..
Aku menjadi takut untuk bermimpi..
Aku menjadi takut untuk membina harapan..

Persoalanku lagi..
Mampukah diri ini terus bertahan?
untuk terus berlari mengejar pelangi..
pelangi yang masih belum menjadi milikku lagi..

Tersedar aku akan mesej cintaNya..
Mungkin belum tiba lagi hari aku..
Mungkin kini Dia sedang mengujiku..
Doa dan munajat ku persembahkan lagi padaNya
Mengapa perlu aku berputus asa?
Sedangkan Cintaku tak pernah memungkiri janjiNya..
aku yakin akan jalan cerita
yang disusun olehNya..
insyaAllah..


Syukur Alhamdulillah
Waktu berganti waktu..
Aku sudah belajar berlapang dada..
Tekadku untuk merubah carta hati itu..
Keredhaan Ilahi kini menjadi tunjang utama..
Yang perit sudah pun menjadi madu..
Yang suram sudah pun menyebar cahaya..
Mengapakah terlambat aku merasainya..
Apabila tenang dan bahagia mula menyapa hati..
Hati yang dulu rajuknya tak henti..

Saat ini keyakinan hati itu..
Keyakinan yang berpaksikan syahadah padaNya.. 
Aku takkan pernah berputus asa..
Demi ilmu untuk terus mengenaliMu Cinta..
Jalanku ini..Jalan yang kupilih sendiri..
Usahaku takkan berhenti..
Nikmat itu sentiasa kusyukuri..
Hasilnya kuserah pada Ilahi..
Kerana pertolongan dan kemenangan itu..
MilikMu Ya Rabbi..

Allahul Musta'an


*originally me*

pelangi^^





Allah the Almighty





give your efforts and continue pray,,Ok ^_^
exam is normal..hehe