AlQuran dan Pengamalnya..
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu
Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat
nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan
ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca
akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka
berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang
hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah
kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah
membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan
kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,
sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua,
pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab :
"Kamu diberi ini
semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.
|
jadi sahabat al Quran |
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment