Sunday, May 1, 2011

Cinta dan Rindu kepada Allah s.w.t..

      Kawan2,,,ramai orang sekarang ni mencari cinta...tapi kadang2 dalam mencari cinta,,kita terlupa Satu Cinta..rindu pula untuk si dia..tapi..Rindu padaNya???



Kisah ini kisah serikandi islam..Rabi'ah al adawiyah..=)....serikandi yang solehah...
Salah satu yang disampaikan Rabi'ah Al Adawiyah adalah,''Apabila seseorang benar2 taat kepada Allah s.w.t,,Allah s.w.t akan memperlihatkan kepadanya amalan yang membuatnya sibuk melayani kehendakNya dan mengenepikan persoalan keduniaan.''

      Oleh sbb tu,apabila seseorang masih dipisahkan oleh sebuah dinding dengan Tuhannya bererti di dalam hatinya masih tersisa terhadap keinginan terhadap keduniaan..Tetapi,apabila hatinya telah kosong dari pengaruh keduniaan dan hanya mengharapkan petunjuk dari sisiNya,ertinya dia sudah bersedia untuk menemui rahsia2 alam ghaib dan bersedia menyaksikan keistimewaan di dalamnya..Yakinlah pada Allah..

     Serikandi Rabi'ah selalu mengingatkan para tetamu dlm majlis agar menyembah Allah s.w.t secara sepenuhnya seperti dia yang menyembah Allah secara mutlak..Itulah setinggi-tinggi martabat pengabadian dan keikhlasan seorang hamba dlm mengabdikan dirinya kpd Allah..

    Pernah suatu hari sekumpulan orang soleh datang berziarah ke rumah Rabi'ah dan berdialog dgn Rabiah tentang ibadah kepada Allah s.w.t..

    ''Mengapakah kamu menyembah Allah s.w.t?''tanya Rabi'ah kepada salah seorang dari mereka..''Kerana aku takut azab neraka,''jawabnya singkat tanpa nmpak ketakutan yang sesungguhnya..

     ''Mengapakah kamu menyembah Allah s.w.t?tanya Rabi'ah kepada yang lain.

     ''Aku menymbah Allah kerana takut api neraka dan ingin masuk ke dalam syurga,''jawabnya..
Rabi'ah menarik nafas panjang kemudian berkata dengan tegas,,''Alangkah buruknya keadaan seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin diselamatkan dari azab api neraka!''

     Lalu Rabi'ah terdiam bberapa saat,seakan-akan dia sgt kecewa mendengar jawapan dari orang2 soleh tersebut..Kemuadian Rabi'ah bertanya kembali..''seandainya syurga dan neraka tidak ada,apakah kamu tidak akan menyembah Allah s.w.t?

     Mereka saling memandang kerana tidak menduga Rabi'ah akan mengajukan pertanyaan seprti itu.Keadaan pun hening kerana tiada seorang pun berani membuka mulut menjawab pertanyaan itu.

     Tiba2 salah seorang di antara mereka memecah keheningan dan berkata,,Wahai Rabi'ah,tolong jelaskan kepada kami mengapa kamu menyembah Allah s.w.t..

      Jawab wanita solehah itu,,"Aku menyembah Allah s.w.t kerana mengharapkan keredhaanNya.Nikmat dan anugerah yang telah diberikanNya",jawab Rabi'ah singkat dan tegas..

     Hakikat iman Rabiah yang beriman pada Allah yang menyebabkan serikandi islam ini rajin dan tekun beribadah kepada Allah s.w.t adalah perasaan CINTA dan RINDU yang sgt mendalam kepada Allah s.w.t..Bahkan dia menganggap perintah beribadah kpd Allah merupakan suatu nikmat yang diberikan kepadanya..Sebab tulah Rabi'ah beribadah kepada Allah tidak hanya dengan jasmaninya,tetapi juga dengan Hati,Jiwa,Perasaan dan Fikirannya..Baginya menyembah Allah bukan sahaja ketika bangun,tetapi ketika tidur pun dia tetap beribadah kepada Allah kerana hatinya selalu ingat kepada Allah..Rabi'ah juga seakan2 sedar dan tahu seolah-olah Allah memanggilnya secara tiba2..Apabila azan berkumandang..dia teingat akan seruan hari kiamat..cuaca yang panas di Basyrah mengingatkan panasnya Mahsyar...

Ungkapan Rabi'ah Al Adawiyah,,

"Setiap kali aku mendengar azan berkumandang,aku teringat suara yang menyeru pada hari kiamat.Setiap kali tiba musim panas tiba,,ingatanku tertuju pada panasnya Padang mahsyar,tempat seluruh manusia dibangkitkan kembali.Demikian juga ketika menyaksikan musim sejuk.Sewaktu air yang memutih berjatuhan dari langit,aku teringat kepada peristiwa penerimaan buku catatan amal kelak''











No comments:

Post a Comment