Wednesday, February 15, 2017

Procedure Sambung Master di UIA

Assalamualaikum wbt.
Disebabkan ramai kawan2 yang tanya macam mana nak sambung master kat uia, jadi shida share sikit. Sebenarnya mudah saja sebab bermula dari sem 1 (2016/2017) semuanya dah jadi online application.


1) Masuk website IIUM
http://www.iium.edu.my/

2) Click pada Admissions & Applications

3) Click "Postgraduate Students"
dan tekan "apply online now"

4) Register account 

5) Isi details yang diminta

6) Scan IC, Full Transcript, Fee RM 100 untuk application master, Scroll (jika dah konvo)

7) Upload dekat ruang yg disediakan

8) Settled semua, cari dua orang referee sebaiknya lecturer yang kenal kita dengan baik. Then lecturer akan isi details (Nama, Position; Asst Prof Dr, Address; Department of Usuluddin, Contact num, Institution; IIUM). Ikutlah nak jumpa face to face atau contact dengan email. Yang penting referee kenal kita.

9) Bila dah apply, kita akan diberi nombor rujukan, contoh PX12346789. Then after certain time ,boleh cek selalu dekat "http://albiruni.iium.edu.my/myapps/anr/pgstatus/online.php"

10) Bila dah successful, click accept offer, then bolehlah print offer letter dan segala yg disuruh print tu.


Basically mcm tu je untuk normal intake. Ada jugak adik2 junior tanya mcm mana nak apply mcm shida (apply sebelum graduated),
shida apply masa tgh final sem. jadi shida guna partial transcript yang dah ada semua result kecuali final sem. Alhamdulillah, dalam bulan 10 dapat conditional offer.  9 january habis degree, 31 january start master. Sem baru masuk kelas manually although nama xde dalam system postrgaduate. dua minggu lebih jugak hidup camtu, tumpang bilik madihah dan masyitah selama 15 hari. (Thank you korang Lebiu!).
 Bila Full Transcript dah endorsed baru lah shida boleh pergi register secara online, dapat bilik, buat kad matrik dan add subject. 
Alhamdulillah. Mudah. Settled.

Yuran master? 
Actually dekat (http://www.iium.edu.my/admissions/postgraduates) dah ada mode of payment dalam pdf. Boleh check brpe yuran untuk full research, mixed mode dan coursework.
Macam kos shida hanya ada mixed mode dan coursework, jadi shida buat mixed mode.
yuran mixed mode sama mcam coursework cuma ada tambahan di final sem untuk evaluation thesis. Kos lain yang full research biasa lebih murah lagi sebab tak perlu pergi kelas.



take a month juga selepas result final sem being annouced. Then baru dapat full transcript dan unconditional offer. Dengan unconditional offer ni kita boleh apply bank rakyat, yayasan negeri atau sebagainya. Dapat2 semalam (15/2/2017) terus shida bayar yuran dulu dan apply yayasan perak. Asalnya shida ingat boleh kot kalau kita bayar yuran dekat2 final exam nanti, sempatlah nak mintak financial assistance mana2. Rupanya "Bayar dulu, baru akan diregister" Either masa registration (RM2062.50) include tuition, recurrent fee, registration. Dan juga mahallah, RM 1212.50 per semester." Bayar dulu baru dapat kunci. mungkin sebab first sem. jadi rules dia mcm tu.

Kelas?
Kelas satu hari ada satu je start pukul 5-8. Tapi siang masa anda perlu diisi untuk settlekan proposal, consultation dan assignment. Sebab bila habis kelas dah malam, dah letih, mahu tidur. Thats why sem satu ni shida lapangkan diri dulu, bagi settle proposal dulu. lagipun haritu habis degree kejap sgt i rehat. Jadi ni sebenarnya nak rehat2 lagi. hehe. InsyaAllah, ada rezeki lepas proposal ni bermulalah pencarian , 
pencarian kerja ye, bukan jodoh. huhu
bagi shida kelas core subject semuanya sikit2 student macam study group pun ada. Tapi kelas yang semua major wajib ambil contoh mcm subject textual reading 6 books of Hadith, ya Allah ramai sgt students dlm 30+. Bertemulah dengan lepasan madinah, azhar, yarmouk, turki dan universiti2 lain dalam kelas tu. and kitorang xde final. markah based on kerja, debate, discussion, article review, assignment, presentation dan proposal.


Mahallah?
Alhamdulillah okay jugak. Shida dapat mahallah asma'. dulu masa degree mahallah hafsah. jadi shida tinggal angkut barang2 yang dulu letak kat stor blok f hafsah.







Ni lah bilik shida, masuk2 terus tangkap gambar nak tunjuk kat ayah. Bagi shida privacy memang tiptop. Kita akan dapat 2 kunci, satu kunci bilik dan satu kunci compartment. Jadi xde masalah trust issue kat sini. Ada pantry dan kawasan tengah dia sangat lapang dan buat bacaan yasin pun boleh. tapi sayang, tak boleh masak kat sini.
RM1212.50. Divide 4 bulan. Sebulan dalam RM300 camtu. Tak payah bayar bil air api transport. Sokay lah. 

Overall, shida happy kat sini. Umur 24, banyak benda dalam diri dah berubah. Fokus dan cara kita memandang sesuatu tu pun dah berbeza. Allahul Musta'an.


Semoga dipermudah urusan kawan2 yang nak sambung master.
Jumpa bulan 9 nanti ya :) Jumpa bulan 11 masa convo batch kita.
Harap perkongsian ini membantu.


4 comments:

  1. Masa apply master tu kita kena bagi terus tajuk proposal kat admission ke

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum syida. Kalau saya student luar uia(USIM) nak mohon master uia tapi belum graduate lagi. Boleh ke? Saya cuma ada transkrip sahaja.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak...akak ada emel x sbb nk tahu lbh lajut

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Nak tanya.. Biasanya master berapa hari je kelas dalam seminggu?

    ReplyDelete