Wednesday, January 20, 2016

Sahabat Selamanya!

Bismillahirrahmanirrahim.
Well. Seminggu lagi result keluar.
Mudah-mudahan elok lah kan.. amiin InsyaAllah.

Semalam 19 January aku jumpa iqah. My dearest friend dari tadika, lepas tu 
kitorang jumpa kat kelas sekolah agama. Then form one masuk Smka Kerian.
Lama kan kitorg kawan. Childhood friend la orang kata. huhu~ 18 tahun dah taw.

Iqah ni ada kembar, Mira namanya. Aku sayang dua-dua sama level. Haha.
Diorang dua-dua comel, cantik, pandai and baik orangnye.
That's why la setiap kali cuti sem aku mesti nak cari masa jumpa jugak diorang.
Sebabnya takut kalau lama-lama x jumpa nanti jadi awkward lepas tu makin menjauh dan hilang.
Na'uzubillah.
I told my mom yang anak mama seorang ni memang la x pandai sangat berkawan, tapi kawan yang ada, kita jaga dan sahabat sampai syurga.

Hidup aku dari dulu x pernah nak ber-geng. Istilah geng tu cukup aku tak suka.
Kita kawan semua orang, bantu semua orang. Itu yang terbaik.
Tapi sahabat baik tu Alhamdulillah Allah berikan. Menjadi insan berkongsi cerita, saling memahami 
dan saling bertukar pendapat.
Walau kita tak selalu ada bersama-sama. Doa tetap menyatukan.

rindu semua kawan2 sekolah.
Yg still contact, Iqah wawi, Hani Nahrawi, Salwa, Adilah dan semua yg lain satu batch walaupun jarang2
bertegur sapa ^_^ kita tetap kawan kan :)

Bila dah masuk Uia, Allah berikan lagi ramai sahabat yang baik.
Yang paling rapat sekali, Aishah Azlan.
Kitorang pun tak selalu ada masa untuk jumpa, keluar sekali ke tengok wayang ke.
Tapi mostly kerja assignment semua aku buat dengan aishah.
kalau ada dengan aishah mesti aku rasa semangat nak belajar lagi, nak buat assignment.
Kira kitorang mcm workmates lah. haha.

Bila kat u seriously aku jarang kluar sbb masa yang ada memang untuk study, daurah banyak, 
aku pun jadi naqibah study circle and usrah mahallah. Tak masuk lagi dengan usrah ikram.
Memang lebihan masa tersisa hanya untuk pelajaran dan certain community services.

Macam mana pun, sweet memories adalah waktu kita discussion sama2.  Geledah library cari buku siapkan assignment yang berlambak sgt. Waktu presentation masing2 saling bagi semangat.
Ye lah kan, kitorang x boleh lari dari presentationsssss yang sangat banyak. 
Dalam masa sibuk busy sgt tu boleh lagi buat girls talk. Like i said i think i have no luck with man.
Hahahh xD

Lepas tu pusing2 area gombak dengan classmate kita dulu, Emily. Cari tomyam awe, kfc, secret recipe dan segala apa yang boleh kurangkan stress nih. 

Jogging memalam buta dengan roomate uia nilai dulu. Perghh.. time final exam jadi jugak plan late-night jog kita kan. 

So, we still have another one year nak create macam2 lagi sweet memories untuk disimpan dalam hati dan kotak memori. 

nanti kalau aku dah x ada, korang sedekahkan Al-Fatihah dan doakan ketenangan aku kat sana eh.
Kita kawan sampai syurga.


Iqah posted about us ^_^

With Mira <3
Some of Usuluddin and Comparative Religion students =)
Dari kiri, Aishah Azlan, Me, Awanis, Thaufiq, Scha, Diba, and Kawan paling relax sekali; Itah <3