Tuesday, January 22, 2013

Muhasabah diri

Kata Dr.Raghib al Sirjani;
"Hati yang menghirup kecintaan maksiat tidak mungkin dapat memelihara Al Quran.
Setiap kali seorang hamba melakukan dosa ,
setiap kali itu jugalah dosa itu memberi kesan pada hatinya.Setiap kali hatinya menerima kesan ini,
maka lemahlah daya kekuatan unuk menghafaz kitab yang suci ini" 

(dari kitab Kaifa Tahfaz Al Quranul Karim halaman 27)

Semoga Allah pemudahkan..

Alhamdulillah..
sekembali aku di dunia uia
aku merasa bahagia bertemu rakan2 sepejuangan
especially roomates <3
asyikin,sofiya,dan farahin ..and..rindu kak aisyah dan humaira'..
yang mana melihat mereka
hatiku ingin sama2 mengejar redha Allah
Bangkitnya mereka memotivasikan aku juga untuk membangun cinta kepada Allah :)

firman Allah;

"Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa"
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 67)




aku disini tidak mahu menjadi musuhmu di akhirat nanti..tetapi masih mahu akrab denganmu..
kita kawan selamanya ea <3
ayuh menyubur taqwa..Allahul Musta'an

kata orang iman manusia ada turun dan naik
benar tu sayang..
tetapi sepatutnya kita berusaha memperbaiki iman
apabila ia turun
gilaplah iman menjadi tinggi 
melebihi daripada sebelumnya
Dalam mencintai Allah,Rasulullah,dan Al quran..dan sunnah
Jihad dan kekuatan jiwa itu sangat penting
biarlah istiqamah,,walau bermula dgn sedikit

itu je yg mampu aku tulis kali ini..masa mencemburui

akhir kata..mari renungi muhasabah daripada 
Abu Laits al Samarqandi;
dalam kitab Tanbih al Ghafilin halaman 229 sehingga 230 tentang masalah manusia:

1)Allah telah memberi nikmat kepadamu,tetapi kamu tidak bersyukur
 2)Apabila kamu melakukan dosa,tapi kamu tidak memohon ampun kepadaNya
 3)Apabila mendapat ilmu,kamu tidak amalkan ilmu yg dipelajari
 4)Kamu bersahabat dengan orang baik,tapi kamu tidak mengikuti mereka
 5)Kamu mengebumikan orang mati,tapi tidak mengambil pengajaran daripadanya 

Allahu akbar..walillahil hamd
Wallahu'alam
ayuh Suburkan Cinta pada Kalam Allah dan Sunnah! 
& mari perbaiki diri lagi.
Allah bless us..
Assalamualaikum!


No comments:

Post a Comment