Thursday, January 17, 2013

Tapisan Demi Tapisan

Allah sentiasa membuat tapisan 
terhadap hamba-Nya
 untuk menguji keimanan dan keikhlasan hamba-hambaNya.

 Sesiapa yang bersabar menempuhi tapisan(ujian) Allah ini,
 maka dia adalah orang yang berjaya di sisi Allah.

 Tapisan demi tapisan inilah 
yang akan membuatkan kita lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah.

 Tidak ramai yang berjaya dengan tapisan Allah
melainkan begitu sedikit sekali.
Sebab itulah, 
kita perlu berusaha 
untuk jadi di kalangan yang sedikit itu,
 InsyaAllah.



kata2 di atas adalah dari sahabat aku
satu bilik mse sem 1 di uia
wan nadhirah..

masyaAllah,,benar ..
kadang2 kita merasakan diri kita ini sudah ok
kononnya dgn tidak melakukan dosa besar
kita sudah pun menjadi puas hati..
kononnya ia sudah mencukupi seperti mana
janji kita pada Allah


"alah,ok la ni..aku biasa2 je"
"rilex lah,,x suka lah dgr asal budak skola agama je msty nak baik2 gle..x suka org cop cmtu!"

Bukan soal budak skola agama ke..skolah biasa ke..
the basic is
Islam..
agama kita islam..dan sejauh mana kita mengamalkan Islam
sejauh mana kita bertanggungjawab pada agama,
pada Allah yg memberi nikmat
Tepuk dada,,tanya iman..

Cuba fikirkan
Kalau kamu bertahajjud setiap bulan
ketahuilah ada org lain bertahajjud setiap minggu
Jika kamu bertahajjud setiap minggu,ketahuilah ada org bertahajjud setiap hari


Ibarat di lorong larian
kalau kita trus berlari
kta akan sampai ke garisan penamat
itupun,,mungkin kita akan dipotong
jika larian kita lambat


Satu lagi,,
analogi pelajar spm yg ign dapat straight A's
kita letakkan straight A's itu sebagai Al Firdausi 
Contoh ek ^^
tentunya yg tinggal disana bukan calang2 orang
tapi yg tidak tergambar usahanya


Tapi,,kalau usaha biasa2 sahaja
ditambah pula dosa mengumpat..
mendedah aurat
menyakiti mukmin yg lain
yg lain2 tanpa disedari
adakah perbuatan2 ini disukai Allah?
na'uzubillah
Bersihkan hati..Tautkan hati pada Allah





4..banyak x?


untuk menepatinya..masyaAllah
kekuatan jiwa sgt diperlukan..Allahul Musta'an




al a'raf ayat 172

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.

imam hassan al basri


No comments:

Post a Comment